.: My Big Day ! :.

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 17, 2009

.: nikah outfit da siap..hepinyee :.

yeah2..bj nikah aku akhirnye siap jugak..mekaseh mak su..sungguh aku puas hati..ape yg aku inginkn..berjaya juge makcik ku buatkn..hihi



part lengan bj nikah

sori..i tunjuk lengan jek..nk tunjuk sume nt da x surprise lak..nih pon da 2 kali try pakai..waa x sabonye nk kawen..suke2


...

Thursday, November 5, 2009

.: Sebulan=30 hari=720 jam=43.2k minit=2.592M saat :.

Alhamdulillah..tinggal sebulan saje lg tiba hari bahagia buat aku & en tunang..tetibe rase macam kejap pulak ek.anyway,ape2 pon..aku harapkan mase2 kritikal skang ni dipermudahkn buat kami,hope sgt2 majlis kami nanti berlangsung dengan meriah n berjalan lancar hendaknye..amin2

Sedikit sebanyak aku nk kongsikan kat sini..minggu lepas en tunang bg tau, mayb rombongan dr pihaknye yg akan dtg ke rumahku kira-kira 60 org..wahh..ramai jugak tu..tetibe cuak lak..kalo ikut dr perancangan awal tidak la seramai tu..tp mungkin gak la..kalo diikutkn..sejarah adek beradek en tunang blom penah kawen ngan org luar dr klate..mungkin sbb tu sedare mare nye berminat nk dtg ke rumahku..melihat macam mane lak majlis kenduri di n9 kot..berbezakah dr tempat mereka?..hehe

Yang paling merisaukn aku..macam mane aku nk communicate ngan diorg nih nanti..en tunang awal2 da bg tau..pasnih kene usaha sungguh2 blajo kecek klate..try hard menghapal loghat klate dr skang...nk masuk kuarga baru..mesti ada cabaran..aii terpakse bukak kamus bahase klate pasnih..gambatte kudasai fiza !!!..yakin boleh :)

Untuk mase skang..wedding ceklist pon ade banyak yg da setel..borang nikah da dihantar ke pejabat agama..tok imam pon sudah di bg tau..seb bek dpt cop awal2 mase akad nikah..kalo diikutkan kate tok imam...tarikh 5 disember tu pon da ade 3 bakal pengantin yg akan dinikahkn..2 drpdnye dinikahkn pd waktu pg..so majlis aku lak dijalankn di malam hari,InsyaAllah lepas isyak..yess

paling suke..rezki kali ni dimurahkn..3 item hantaran untuk en tunang..disponser oleh makcikku..Alhamdulillah..mmg btol org kate..rezki org nk kawen ni..btol2 murah..syukur2 :)

Now yg tinggal barang2 untuk hiasan hantaran & lain2..mlm ni nk kene wat list & bujet..esok kalo xde aral melintang..mau ke nilai 3..nk borong habes-habesan tuk persiapan kenduri nanti..yeee

.....

Monday, October 5, 2009

.: 8 cara menjadi suami terhebat..bleh kongsi ilmu ngan bakal suami ni :) :.

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

p/s : wah..boleh la pasni dikongsikn artikel nih dengn en. tunang kn..same2 cube perbaiki n berusaha menjadi psgn suami isteri cemerlang..mudah-mudahan :)

......

.: Petua-petua Menambat Hati Suami :.

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.


p/s : tips yg baik boleh kite amalkn sbg bakal isteri kn..bg ku, antara suami atau isteri masing2 perlu menjaga hati kedua belah pihak dan masing2 kene peka kehendak pasangan untuk melahirkan keharmonian rumahtangga..nk mencapai kebahagian itu memerlukan usaha dr kedua belah pihak..kn kn :)


........

.: 2 bulan lagi :.

terase cepat mase berlalu..arini genap 2 bulan sblom tiba ari membahgiakn dlm idup aku..kalo la leh dipercepatkn..alangkah bahgia nye..hehe..gatei x sedor diri gamaknye aku nih kn..
penghujung oktober ni lak merupakan ari terakhir aku berkeje di KLIACS..sbbnye..aku da tekad nk resign & mengikut bakal suamiku nt ke sabah sblom sesi persekolahan baru bermula pd tahun depan..sblum rezki kerja baru blom ader nih.. Insya Allah,aku akan memulakan hidup baru sebagai suri rumah untuk suami tercinta..yeay!

waktu tu semestinya tanggungjawab aku sbg seorg isteri harus ditunaikn..pagi2 da kene bangun awal siapkn diri n sarapan tuk suami..nk plak waktu sane sejam awal dari semenanjung..adeh..jgn la aku terlajak tdo udah la nt..ari2 kene kunci jam kot..disiplin kn diri supaya dpt bangun secara konsisten..hik3

tengah hari nye plak, bakal suami pulang dr kerja..best kn kalo suami keje cikgu..sblom kol 2 da smpi rumah..kene la aku masak sedap2..hah ape lg..sile kn menjadikn diri tu sbg cef kesukaan suami..bak kate org..isteri kene ikat perot suami dgn air tgn nye..petua nye.. always remindkn diri mase memasak tu perlu dengan penuh kasih syg..baru la perasaan pasangan suami isteri tu mekar berpanjangan..cewah

tugas sbg isteri mmg da sedia maklum, bukan setakat yg aku ceritakn diatas..sebenarnye byk lg yg kene tau..ape2 pon..aku harapkn moga2 dipermudahkn segala2 nye bg kami nanti :)


..

Thursday, September 10, 2009

.: engineering to education :.

hari ni merupakan tarikh tutup tuk permohonan guru gstt sabk (guru sandaran sekolah agama bantuan kerajaan)..dengar2 nye ade program KDC (kursus dalam cuti) selama 2 tahun di maktab..insyaAllah selesai kursus akan diserapkan ke dlm jawatan tetap..wah..mintak2 ade rezki ku kali nih..setelah sekian 2 tahun apply kpli/dpli blum penah lepas..arap2 usaha kali nih menjadik..

Kalo ikut info kat bwh ni..sesape dpt memang sgt bertuah la..

- Permohonan Guru Sandaran SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) seluruh Malaysia.
( Sekolah rendah & menengah)

- Tarikh Akhir : 11 september 2009
- P1T3 : RM1720.90 bagi Ijazah SArjana Muda Am
- P1T5 : RM1901.80 bagi Ijazah SArjana Muda Kepujian
- Elaun Khidmat Awam - RM300.00
- Bantuan Sara Hidup (COLA)
- ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) - Hanya akan di bayar setelah selesai Induksi /lantikan

Program selama 2 tahun. Setiap cuti bulan Mei/Jun dan November/disember akan masuk maktab. Gaji macam orang kerja biasa (tak macam KPLI, DPLI dan JQAF - mereka hanya dapat elaun RM1200++), gaji full. Cuma tak dapat Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).Mengajar dan praktikal di sekolah yang di tawarkan. Selepas selesai maktab (2 tahun) + 1-3 tahun untuk pengesahan jawatan baru boleh mohon tukar sekolah.Malah jika kerajaan isytihar bonus kakitangan kerajaan, pun layak untuk dapat gak...

p/s : Ya Allah mintak2 kali nih ader la rezki ku bergelar pendidik..nk sgt2 jadik cikgu..sanggup bertukar profesion dr engineering ke education..sbb pengalaman menjd guru ganti walaupon selama 3 bulan pada 2 tahun lepas lebey mengembirakn aku dr keje skang..Ya Allah perkenankan la permintaan ku..Amin....

..........................

Tuesday, September 8, 2009

.: Perbezaan Lelaki & Wanita Part 2 :.

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dansatu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu.Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak keranadia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan adaperbezaan antara lelaki dengan perempuan.

Secara umum, dari segipsikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi

- Cara berfikir

- Tahap kepekaan dan perasaan

- Tanggapan

- Tindakan dan perbuatan

- Kaedah mempamerkan kasih sayang

- Kehendak mempamerkan kasih sayang

- Kehendak dan pengharapan

- Cara mempamerkan penghargaan

- Cara dan tahap pengorbanan

- Cara dan daya khayalan

- Daya pengamatan dan konsentrasi

- Cara dan pengisian doa

-Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakanpasangannya!
Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan.Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. mmg ler..org lelaki biasanyer tegur cam gitu sbb jeles ble nengok bini dia cun.. ahaksss .Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal ataukebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dankemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. Fitrah org pompuan di lahirkan begitu.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan Manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami. org lelaki tu sebenarnyer ego namanyer..

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! that's true..sblm korang buat para2 isteri ni slalunyer dah dpt rasa daaaa...

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akanmenceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki,mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. sbb tu ramai org lelaki yg alami gangguan jiwa..senang ckp gila la...

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel. Dlm hal ni org lelaki mmg fleksibel sgt2...

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imejdirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinyatergugat. ble bini dok sibuk g gym & bdiet..org lelaki slalu ckp xdiet2..awk gemok pun abg syg..tp ble g shopp nmpk pompuan cantik..bini di soh jln dgn anak2..laki jln kt blkg..

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajukbiasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malahberminggu-minggu. ble emosi pompuan dah mcm tsunami...bwk lari anak2.. baru ler org lelaki ni ngelupur mcm udang kena bakar..

p/s : risaunye..agak2 bolehkah si dia menerima perbezaan itu nanti..


...............

.: Perbezaan Lelaki & Wanita Part 1 :.

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza.

Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.

Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah.

Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak,cermin mata hitam,buku telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku.Mereka lebih peka , apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan .Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza.

Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

......................

Monday, September 7, 2009

.: DIY Pomander Ball :.

yey! ...semangat tol nak wat pomander ball..akhirnye berjaya jugak..gambar kat bawah ni baru separuh siap..ade 5 lg ball nk disiapkn..pomander ball aku cadangkn nak diletakkn sbg hiasan backdrop tuk bilik pengantin..maklumla nak decorate sendrik..cut cost katekn


Bahan2 tuk buat pomander ball ni sanggup aku carik smpi ke semua house,KL..hehe..bukan pe..kalo da skali jalan shopin by raye..kepingin gak mencari bahan2 tu..saje mix 2 kaler..purple n yellow gold..supaya kene ngan tema majlis aku nanti.



jadik gak bentuk bunge ros..boleh la asalkn ade rupe kn





antara bahan2 yg diperlukan..tali bling2 tu nak
dilekatkan pd pomander ball & akan disambungkn
kat tirai backdrop nanti..suke2..ngee



p/s : sesape nak blaja boleh tgk sini


...........

Friday, September 4, 2009

.: erk tinggal 3 bulan jek lg :.

waaa..mase yg ku rase dlm tempoh yang kritikal..tinggal 3 bulan je lagi kami nk disatukan sbg raja sehari..terase byk lagi preparation yang harus dibuat...hiv test,cari hiasan hantaran,bunga dulang,bunga pahar,book tempat tdo untuk bertandang di klate..banyaknye yg tak siap lagi..ntah la..dlm seminggu dua ni hati naik risau semacam jek..sempat kah siap segalanye2 ni..adeh2


bulan september ni lak..bulan kedua terakhir aku bekeje..sbbnye aku da amek keputusan muktamad untuk resign dan mengikut en tunang ke sabah..mase bg tau bos tentang hal nih..mmg kene ceramah setengah jam gak la..pujuk soh jgn resign..siap nk transfer ke kk ngan salary agak lumayan gak..hmm pd mulanya mcm terpengaruh jek kata2 bos tp mengenangkn kk n sipitang jauh gak..tak sanggup lagi kami nk berpisah..cukup2 la mase tempoh bertunang pd tahun ni pon ketemu en tunang pd kursus kawen bulan jun lalu & insyaAllah ketemu lagi ketika majlis kami dilangsungkn..2 kali setaun jek ketemu..mmg btol2 cobaan..untuk pengetahuan sekalian yg membaca..umah en tunang di klate pon sy sendrik pon belum pernah jejak lagi tau & berjumpe bakal mertua pon mase majlis tunang kami tahun lepas..har har..susah nk percaya kn


Nasib baik kakak en tunang pon tinggal di seremban, dengan kakaknye la aku berbincang tentang progress majlis yg akan dilangsungkn..sedikit sebanyak xde la aku risau sangat..hehe


Kad kami pon da siap..rase mcm x percaya plaks..namaku n en.tunang tertera di bahagian depan kad tu..ihiks...aku plan nk layangkn kad spesel tu buat tetamu2 yg hendak dijemput pd bulan depan, selepas raye pose..waa tetibe rase hepi..nape aku sengih2 sorang jek nih..haha


.......

Monday, August 24, 2009

.: Bulan seribu rahmat :.

ramadan menyapa sekali lagi taun ni..tetibe aku rase mase kejap je berlalu...raye taun lepas seolah2 br je lepas sebulan...pejam pelik pejam pelik da pose kn..hehe

insyaAllah tahun ni..merupakan tahun terakhir aku berpose ngan title single..next year suda berdua..ade rezki mane tau suda bertiga plak dengan memegang title sbg isteri + ibu..ketika tu bg aku, suda lengkap kesempurnaan seorang wanita..moga2 dimakbulkn..amin



.....

Sunday, August 16, 2009

.: Menu di Hari Bahgia :.

Pada entri yang lepas aku suda bagitau katering sudah ku tempah (katering wira saji) , kat sini ingin aku nak kongsikan menu istimewa buat tetamu2 yg bakal hadir di majlisku nanti...hidangan akan dibuat secara buffet.

Nasi Hujan Panas
Nasi putih

******

Ulam-ulaman
(Timun,Kacang Botol,Ulam Raja & Sambal Belacan)

*******

Ayam goreng berempah
Gulai Daging Kawah berkentang
Masak Lemak ikan masin & nenas

******

Buah tembikai
Bubur pulut Hitam

******

Air Suam
Air Kordial


Menu meja pengantin
(12 pax)

Udang panjat nenas
Ikan siakap sweet sour
Ayam percik
Ukiran Buah-buahan

free gift : Kek Sponge Cream- 3 Tingkat... yummy :)


Tuesday, August 11, 2009

.: Oh Tudung :.

Entri kali ni berkisar tentang tudung yang mau ku pakai ketika hari pernikahan & persandingan ku..kalo bleh aku nk pki tudung yg berkonsep awning tu..pemakaian nye nmpk cam kemas sket kn..mcm gambar di bwh ni


cantik hiasan nye..manik + sulam

2 combination colours..maveles kn..penuh manik kat atas tu..cantik bangat

new trend.. siti style..i like :)

new idea..anak tudung plain + renda..cuma jahit or lekatkn renda kat atas anak tudung tu

Monday, August 3, 2009

.: i like cup cakes :.

jom jamu2 mata tgk gambar di bawah ni:

roses pink colour


roses violet colour


red roses & lily


lot's of luv


cantik2 kn cupcakes ni..gerenti sedap menjilat jari..wah macam berkenan plak yang cupcakes yg roses2 tu..nampak macam sweet sgt2 kn...boley la dicadangkn dibuat hantaran tuk en. tunang nanti..kalo nk order bleh survey2 di sini http://www.onepiecebakery.com


Tuesday, July 28, 2009

.: Suara hati..tentang kepercayaan :.

Hari ni aku diusik lagi dengan opismate ku tentang kepercayaan..soalan yg berbunyik mcm ni..'u percaya ke dengan die,even sy lelaki pon sy x percaya tau'...aku jwb ngan senyuman jek and membls blk soalan tu..'sy percaya je'..secara jujurnye,aku memang yakin n meletakkn kepercayaan pd en.tunang... .hmm da kali kedua aku dipsiko kn ngan soalan mcm tu..aku tau,mungkin sesetengah org susah nk mempercayai pasangan terutama yang long distance relationship mcm aku ni...tp bg aku meletakkn kepercayaan adalah harus dan SANGAT2 PENTING untuk dididik dlm ati..sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

for me..kepercayaan tu adalah benteng cemburu buta yang disama ertikan sebagai prasangka buruk terhadap pasangan kite tu..x baik la kalo kite sentiasa menaruh anggapan yg x elok kn..kdg2 cemburu penting gak..tanda sayang tp biarlah mengikut tempat & keadaan kn :)

Now,ape yg penting..kene bijak menepis soalan mcm ni,jgn mudah terpengaruh, sentiasa sabar & fikir sblum bertindak dan yg plg utama ingat tentang matlamat perkahwinan..

haha..cam pakar motivasi lak..kdg2 bagus jugak tambahkn ilmu tentang ilmu rumahtangga ni..supaya kite x mudah melatah kalo ditimpa ujian sebegini..btol x




timbul psl nih..aku br teringat..soal kepercayaan ade dibincgkn dlm isi buku nih..jd aku nk kongsikn satu buku ngan korg sume..buku ni aku da beli bulan lepas..br habes baca..kesimpulan nye..br aku faham..byk perkara yg kite x tau rupenye tp itulah yg bakal suami kite inginkn dr seorg isteri..smpikn cara menjaga pakaian suami pon ade caranye tau..buku ni bg aku,sgt2 esklusif & sape yg beli awal2 mmg beruntung..sbb da tau rahsia ape yg bakal suami kite inginkn..beli jgn x beli..hehehe

Thursday, July 23, 2009

.: Ting Tong..pengumuman :.

yeah..next month ade pameran pengantin kat midvalley..bulan 6 aritu kat ampang point..tp x dpt nk pegi..so dis want aku mmg nk pegi.. survey2 ape yg patut..mane la tau ade promotion pakej videografi..yg skang ni masih lam proses pencarian..mintak2 ade yg murah dan kene ngan bujetku..hehe..yg pastinye aku nk p awal2..nt leh dpt free bunga ros & nk jugak merebut2 pakej hanimun tu :)


jom serbu!!

Wednesday, July 8, 2009

.: Da Honeymoon :.

Firstly..kalo ade rezki..tempat yang aku ingin tuk dijejaki adalah cameron highlands..why?? coz aku blum penah smpi sane lg..seperti yg diceritakn oleh member2 ku yg sudah kesane..mmg sedia maklum ia merupakan tempat yg berhawa dingin macam dlm air cond..hihi..x terlalu panas & x terlalu sejuk..dan yg pasti byk tempat2 best yg bleh dilawati..kat bwh ni ade ku selit gambar2 yg berkenaan dgn cameron highlands.


wah..terbyg plak kalo minum teh bersama bakal suami
dengan pemandangan ladang teh yg luas terbentang




mcm kat oversea kn




yg pastinye my fevret flower murah2 kat sini ..bleh borong byk2


Secondly,kalo terlebey rezki lg...setelah aku jejak negeri di bawah bayu nanti, insyaAllah..aku ingin bawa bakal suamiku ke pulau mabul & sipadan..antara pulau yang tersenarai tercantik didunia..kalo dilihat dr gambar ini..wow..mmg sgt2 maveles..aku kasik 10 bintang!!


bestnye..bercanda di tepi pantai sambil
menghadap laut yg membiru..



tempat tdo yang digenangi air..leh suggest pd bakal suamiku..
wat aktiviti memancing ikan bersame2..hihihi





waa..cantik kn..indah nye ciptaan Allah
..
ni yg x saba nk berscuba diving..wee~

Ape2 pon..kedua2 tempat ini adalah cadangan sajek..blum dibincangkn secara serius ngan en.tunang..hihi...kalo ade bujet & kesepakatan ngan en.tunang... akan ku jejaki jugak nanti..tamak tol gak aku ni nk hanimoon 2 tempat..wakakak


Saturday, July 4, 2009

.: TQ tag & kad kahwin :.

TQ tag telah pon diambil di kedai kadkahwinku.com...aku fikir kalo da skali jalan..baik sgt la terus tempah kad jemputan kawen skali...seremban ke bangi bg ku jauh la jugak..nk berulang kali dtg pon membazir minyak jek..ni la contoh kad kahwin ku..kaler maroon..same kaler ngan tq tag...design pon cantik..herge sgt2 berpatutan n bgku cukup murah berbanding kad2 yg telah ku survey di seremban yg kebanyakan nye agak mahal..sekeping mencecah rm1.++....pulak tu bukannye lawa sgt..hihihi


ni la contoh bakal kad kahwinku nanti :)
kene tunggu sebulan lg..x sabo nk tunggu ia siap

sesi potong2 tq tag pon da hampir selesai..aii naik lenguh la tgn nk potong setiap satu...tp walau mcm mane penat pon ..aku rase puas..sbb task ni da nk setel..pasnih nk tunggu ia disangkutkn ke bunge telor..second task plak..wah...bahang kenduri da hampir tiba..weee~




tq tag ku yg siap dipotong :)



Monday, June 22, 2009

.: Jom sesame kite fikir2 kn :.

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

1.Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2.Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

3.Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

4.Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

5.Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

6.Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

7.Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

1.Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

2.Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

3.Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

4.Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

5.Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

6.Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

7.Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?


p/s: Separuh artikel ni aku grab dari laman ustaz Hasrizal (www.sailfulislam.com- Sebelum dibius cinta)....kebanyakan soalan2 ni wujud dr pengalaman orang2 tua..maknenye ade kemungkinan ia adalah catatan sebenar..jom same2 amek iktibar..sbb tu mmg disarankn bakal2 pengantin kene btol2 bersedia dr segi fizikal n emosi...tahap amalan pon kene dipertingkatkn..xbleh da nk enjoy2 mcm dolu2...moga2 kami dijauhi dengan situasi mcm ni,amin..even ape2 pon berlaku nt aku tetap pertahankn ikatan suci yg terbina..semakin tekad nk mencipta kebahgiaan dalam rumahtangga & kekal bagia selame-lamenye ngan bakal suamiku nt (^_^)

Tuesday, June 16, 2009

.: Tq tag da siap.. yeye :.

cepat betol team kadkahwinku.com siapkn artwork tq tag kami..very nice..even servis secara online, tetap puas ati la ngan design artwork tu..menepati ape yang diharapkan..tq guys..untuk kad jemputan kahwin nanti surely aku akan memilih kadkahwinku.com. jugak ..ngee~

Contoh tq tag kami (^_^)

Sunday, June 14, 2009

.: Selesai sudah kursus kawen :.

lega hati bile kursus kawen da selesai..pada mulanya aku dah book 2 bulan awal nak amek kursus kawen di seremban pd 6&7 jun..tp last2 minit en tunang bg tau terpakse postpone sbb minggu tu die nak setelkn pembelian kereta..adess, memang serabut pale la mase tu..nak pulak kursus kat seremban ni lak bukan setiap ujung minggu kursus kawen ni ade.. cedey la kalo terpakse amek asing2 ..kalo bleh memang nak sangat p same2 amek kursus ngan en tunang..sbb minggu cuti skolah ni jek die cuti balik ke semenanjung.

Memang betol la ape orang kate..makin dekat nak kawen..ade je dugaan mendatang..tp alhamdulillah..aku tetap usaha mencari tempat kursus kawen..surf dlm intenet..akhirnya aku berjaya gak book tempat kursus kat masjid negara pd 13 & 14 jun..nasib baik ade tempat kosong lagik..urm..bile pikir balik..memang setiap dugaan ade hikmah kn..dan sebalik hikmah tu.. kami same2 dapat g kursus kawen di rumah Allah..erm..moga2 harapnye jodoh kami diberkatiNya..Amin

Cuti skola tengah tahun pon da berakhir..en tunang tersayang plak akan terbang ke sabah balik melaksanakn tugas mendidik anak bangsa..lepas nih..kena tunggu 5 bulan 3 minggu lagi nk jumpe en tunang..yang bestnye kami akan jumpe dan terus kawen..yehaaaaaa

Thursday, June 11, 2009

.: tema kami :.

Hari ni aku mengajak en. tunang ke butik pengantin yang telah aku book tuk majlis kami. Penin jugak nk pilih baju yang bersesuaian..banyak plak baju yang santek2..sampai x tau mane nk pilih..
akhirnya aku da buat keputusan..tuk majlis sanding dirumah ku, aku memilih baju lace kaler gold dan untuk bertandang di rumah en tunang nanti baju songket kaler krim. Untuk baju nikah aku decide kaler light purple, memang da beli awal2. Nanti nk mintak tolong makcik aku jahitkn buat bj kurung moden..Senangkn kalo ade kuarga sendrik jd tukang jahit baju..hehe..and lastly tuk outdoor photoshoot, aku decide amek songket kaler biru tua..so many colours..huhuh

Tuesday, June 9, 2009

.: Tempahan Katering & Khemah :.

Alhamdulillah..setel da book katering + khemah...herge pakej boleh tahan la..rm13.50 tuk satu kepala..mak & ayah pon da decide amek tuk 1000 org....complete set ngan 8 khemah [ 7 khemah piramid, 1 khemah arabian (set tempat pengantin + vip)], Dj + P.A system, kompang & kek pengantin..and now kene fikir kn bape lak bilangan tetamu yang hendak dijemput..risau lak over da limit..maklum la..org slalu kate..majlis anak pompan sulung ni ..ramai org nk serbu...tambahan plak adek beradek mak+ayah 20 org blum lg dicampur sedara mara yang dimaklumkn mmg ramai gak ...adess..arap2 xde masalah tuk majlis bagia itu..hehe..

Sunday, May 10, 2009

.: Door Gift :.

Hari ni aku baru pulang dari kampung..jumpe ngan makcik2 aku nih.. diorg sibuk btol bertanya persiapan yang aku dah wat setakat sekarang..dok sembang2 terkeluar pasal doorgift..aku mmg nk plan nk bg munge telur kat org dewasa & tuk budak2 just gula2 yang di pack dlm sarung comel2 je..ade la makcik aku suggest bagi dodol la, wajik la, cupcake la..pastu letak dalam paper bag sekali ngan munge telo..kalo xde munge telo nt xde seri lak majlis kawen..nk plak wat tuk 1000 org..mau botak kepale la aku nt..haha..adess..penin pale dok pk..ikut ati aku mmg nak wat majlis kawen cara sederhana saje..nt da kene pindah sabah ikut en tunang..lg banyak banje nk kene pakai..

p/s : tuk membe2 yang tgh plan nk kawen tu..rancang2 la bujet anda yek..buatla yang terbaik..n
bersederhana lah dalam merancang tu..hehe

Saturday, April 25, 2009

.: Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu :.

Best gak artikel nih..sgt seswai wat bakal raja sehari..hehe..mane yg leh digunapakai leh la grab cikit..hehe

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
PADA HARI PERTUNANGAN:
  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
  • Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
  • Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Bagi pengantin perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
  • Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
  • Cincin / gelang tangan / rantai.
  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
  • Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

.: 29 Disember 2008 - MajLis PerTunaNgan :.

Tarikh 29 disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430 merupakan detik aku melakukan penghijrahan dalam hidupku..Alhamdulillah... akhirnya aku selamat menjadi cik tunang kepada en tunang yang tersayang..yess..selesai da 2nd step..for da next 3rd step is my big day yang bakal dilangsungkan ujung taun 2009,yeah!



Rombongan en tunang selamat tiba kol 3 petang




ketika jari manisku disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua



Sebelah kiri skali ialah bakal ibu mertuaku &
sebelah kanan skali bakal ibu mertua en tunang..hehe




Hantaran kami (^_^)





Monday, April 20, 2009

.: 21 November 2008 - MeRiSiK :.

Hari yang mendebarkan bg aku sbb pertama kali berjumpe famili en tunang. Dup dap,mmg tak senang duduk aku menunggu ketibaan famili en tunang datang merisik..hehe
Rombongan selamat tiba di rumahku pukul 9.00 malam..memang da rancang nak wat lepas isyak..

Mak dan ayah mmg da jemput sedara mara yang dok dekat seremban ni je..jd wakil tuk sesi berdiskusi..pihak en tunang lak wakilkan abangnye jd juruckp..dok sembang2 dekat sengah jam jugak la..aku selamba je dengar skali ape yg diorg bincang tu..

huh..tu la anak dara ape la ku ni yek..hehe..yess..alhamdullillah dah dapat kate sepakat..majlis pertunangan aku n en tunang bakal berlangsung bulan depan..waa gumbiranye..tambah gumbira sbb dapat cencen dan sepersalinan kain daripada en tunang..thanks sangat2..x sabo da nk merase sebagai tunang orang lak..hurm..can't wait 4 the next step :)




Cincin tanda yang diberi oleh en tunang :)